

VISI
​
MAAHAD AMIR INDRA PETRA CEMERLANG 2020
​
​
MISI
​
Ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang,kami warga Maahad Amir Indra Petra berazam dengan
bersungguh-sungguh;
-
Melahirkan kepimpinan yang profesional dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
​
-
Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, inovatif dan efektif.
​
-
Melahirkan pelajar yang berdaya saing di dalam bidang ko-kurikulum.
​
-
Melahirkan modal insan yang berketrampilan dan berakhlak.
​
-
Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif.
​
​
MOTO
​
“ Amir Indra Petra Sentiasa Unggul “
​
​
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
​
PENDIDIKAN di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN
Pendidikan Islam sebagaimana yang terangkum pengertiannya dalam istilah-istilah tarbiah, ta’lim, ta’dib, irsyad dan tadris adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahnya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqliah, akidah, emosi dan jasmani berdasarkan ajaran Islam. Usaha ini adalah bagi melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah.
MATLAMAT PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN
Matlamat Pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah.
Insan yang memiliki dan menyamai ciri-ciri berikut :
​
-
Beriman dan taat kepada Allah
-
Berilmu pengetahuan
-
Berakhlak mulia
-
Beramal soleh
-
Berkhidmat untuk masyarakat dan Negara
-
Memiliki sahsiah yang seimbang
ETIKA KERJA ISLAM
​
- Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
- Bekerja dengan ikhlas dan amanah
-
Bekerja dengan tekun dan cekap
-
Bekerja dengan semangat gotong royong dan berpadu fikiran
-
Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat
​
TERAS PERKHIDMATAN
​
- Berazam meningkatkan kualiti perkhidmatan.
-
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
-
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
-
Bekhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
-
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
-
Bekerja dalam membenteras kelemahan dan musuh negara.
-
Berpegang teguh kepada ajaran agama.