top of page

Kata Alu-aluan Daripada Mudir Maahad

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya Blog Rasmi Maahad Amir Indra Petra berjaya direalisasikan.
 
Harapan saya, blog ini menjadi tempat untuk semua warga guru dan kakitangan serta pelajar untuk mendapat maklumat dan info terkini berkaitan aktiviti semasa Maahad Amir Indra Petra sesi pengajian 2018.
 
Marilah kita sama-sama berusaha untuk memberi sesuatu yang terbaik dan berkualiti bagi membina generasi AMIR yang  Bertaqwa, Cemerlang dan Berketerampilan.
 
Akhirnya terima kasih kepada Team ICT dan guru penasihat Unit ICT Maahad Amir Indra Petra yang bertungkus lumus menyiapkan blog ini dan merealisasikannya dengan sebaik-baiknya.
 
Saya doakan semoga semuanya diberkati dan mendapat Inayah dan RahmatNya.
In sya’ Allah.
 
Sekian, wassalam.
 
Yang menjalankan tugas
 
 
(MALEK RIDZUAN BIN HASSAN)
Pengetua
Maahad Amir Indra Petra

©2018 Hak Cipta Terpelihara

Unit ICT & Multimedia

Maahad Amir Indra Petra

Jumlah Pelawat

Nas Tashbahlana - Maher Zain
00:00 / 00:00
bottom of page